Pages

Wednesday 11 January 2012

PERANG-PERANG YANG BENAR

  ISLAM bukan agama peperangan. Namun pada ketika Islam diancam, Islam adakah agama yang mengangkat perang sebagai sesuatu yang suci.
     Perang dalam Islam bermula apabila musyrikin Mekah merancang membunuh Nabi Muhammad SAW, sehingga beliau terpaksa keluar dari Mekah, maka bermulalah sejarah perang dalam Islam. Ia adalah asas perang yang paling utama dalam Islam, iaitu mempertahankan diri dan akidah.
      Kemudiannya turun pula ayat 36 Surah At-Taubah yang bermaksud," ...dan perangilah kaum kafir musyrikin seluruhnya sebagaiman mereka memerangi kamu seluruhnya ." Ini kerana, Nabi Muhammad SAW pada mulanya hanya mahu memerangi kaum Quraisy Mekah  tetapi ramai kaum lain dari luar Kota Mekah menyertai kaum Quraisy Mekah bagi memerangi orang Islam.
      Tujuan perang dalam Islam kemudiannya berkembang, bagi menegakkan agam Islam. Ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud, "Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka berkata tidak ada tuhan selain Allah, dan mereka endirikan solat serta menunaikan zakat apabila mereka berkata demikian, darah dan harta mereka terselamat daripadaku kecuali dengan haknya. Dan perhitungannya terserah pada Allah."
      Pada suatu ketika pula, 

No comments:

Post a Comment