Pages

Monday, 2 January 2012

TEKA TEKI PEMAIN BOLA


1. Pemain paling suka meludah di padang
2. Pemai
n paling suka makan lepat

3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis
4. Pengurus pasukan yang suka berlari
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong
6. Pemain bolasepak yang juga kawan baik Batman
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil
9. Pemain yang main bolasepak dan biola
10 .Pemain bolasepak yang paling manis
11 .Pemain yang selalu terluka di padang


HEHEHE......cube la jawab kalo tererrr....
jawapan akan di post minggu depan...

 jawapannyer:

  1. Florent Malouda - France 
  2. Frank Lampard - England 
  3. Helder Postiga - Portugal 
  4. Luis Philipe Scolari - Portugal 
  5. Razak Pimpong - Ghana 
  6. Robin ho - Brazil 
  7. Mathias Kezman - Serbia 
  8. Adebayour - Togo 
  9. Saviola - Argentina 
  10. Maniche - Portugal 
  11. Luca Toni - Italy 



                                         




Apa Pendapat Anda??

Baca, perhalusi dan nilai dengan bijaksana

Ya Allah, kau bukakanlah pintu taufiq dan hidayah kepada penulis ini.. serta nampakkanlah kepada kami akan kebenaran dan selamatkanlah kami dari fitnah golongan yang jahil

Tulisan ini 100% Dicopy Daripada: azmykelanajaya.blogspot.com yang juga dikenali sebagai AAKJ.com

USAHA HALUS YANG MENYESATKAN D MALAM TAHUN BARU !! AZHAR IDRUS WAJIB TANGGUNG DOSA !! part 1




PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK

Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai perkara di atas. Mereka tidak sepakat mengenainya disebabkan perbezaan pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya.

Golongan Ulamak Yang Pertama


Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:

Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).

Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram. 

Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.

b) Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.
Dikeluarkan oleh al Dailami

c) Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)
Dikeluarkan oleh al Dailami

Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.

d) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).

e) Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)

Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada sebahagian ulamak yang mengaharamkan alat-alat hiburan (muzik).

Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:

ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.


Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwa al Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwa al Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
ومزمار عراقي واستماعها.
Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.

Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.

Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.

Berkata Ibnu al Qayyim dalam kitabnya Ighathah al Luhfan min Masyahid al Syaithan (1/255-256): Ertinya: Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah mazhab yang paling keras dan kata-katanya mengenai perkara ini adalah kata-kata yang paling tegas. Para sahabat Abu Hanifah dengan tegas mengatakan haram mendengar semua jenis alat hiburan seperti seruling, kompang bahkan termasuk memukul-mukulkan tongkat kecil (cota) sekalipun. Mereka dengan tegas menyatakan bahawa ianya adalah maksiat, boleh membawa kepada fasiq dan kesaksian ditolak.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al Hambali dalam al Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Hiburan itu tiga keadaan:

a) Haram- iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus,thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

b) Harus- iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.

c) Makruh- iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Berkata al Imam al Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya

Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.

PEMBUNUHAN KEJAM..

PEMBUNUHAN BERANTAI DI DENMARK..


BANDAR TORSHAVN, Denmark - Penduduk di Kepulauan Faroe, Denmark menangkap dan memotong daging ikan paus pilot dekat sini kelmarin.

Pada setiap tahun, penduduk di Kepulauan Faroe makan daging ikan paus pilot.

Penduduk di kepulauan itu merupakan keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi. 
Ikan paus pilot merupakan diet penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Penduduk itu akan memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk dan membunuh ikan tersebut.

Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk.

Legoland Malaysia dijangka dibuka 2012

Taman tema Legoland Malaysia dijangka akan beroperasi mulai akhir tahun 2012 dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama ia dibuka.Sasaran itu dinyatakan Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst yang yakin taman tema tersebut tidak akan mencatatkan kerugian apabila ia dibuka kelak, biarpun tidak dapat mengandaikan berapa nilai yang akan diperoleh pada tahun pertama itu.

Projek pembangunan taman tema tersebut yang mula dibangunkan pada Disember 2009 dengan kos RM720 juta."Kita akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang ada di taman tema ini sentiasa diperbaharui dan diperluaskan setiap tahun, sekali gus mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

"Buat masa ini, Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara, biarpun ada usaha bagi membina taman tema seumpamanya di Jepun dan Korea yang belum dimuktamadkan,” katanya.

Pada masa sama, Siegfried turut mengumumkan penjualan pas tahunan pra pembukaan yang dijual pada harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad di mana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.

Sementara itu, Muhammad Zainal berkata, projek pembangunan taman tema tersebut mencapai 40 peratus pembinaannya biarpun berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.“Semua kerja-kerja pembinaan projek ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan dengan perkembangan itu kita yakin Legoland Malaysia ini akan siap dan dibuka mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, hab gaya hidup Iskandar Malaysia.

Taman tema yang pertama di Asia itu mempunyai tujuh taman tema, dengan 50 juta blok lego digunakan bagi menghasilkan 15,000 model yang akan dipamerkan disitu.
 
Credit To:

Sunday, 1 January 2012

Ustaz Azhar Idrus ft. Azizan Raja Lawak: Malam Tahun Baru 2012

Update.. Semoga Bermanfaat

 


Credit to TVSelangor (Youtube)

Shahir feat. Sham Kamikaze - Aku Yang Berdosa (Full Version)




Sesi 'Jamming': Ustaz azhar main gitar, zizan nyanyi lagu  



Full Video: Jangka masa selama 1 jam 20 minit